Sembahyang Sunat Nikah
Setelah selesai majlis akad nikah,
maka bagi kedua-dua pengantin, terutamanya pengantin lelaki, adalah disunatkan
untuk bersembahyang 2 rakaat sunat kerana nikah.
Ini ialah untuk menandakan syukur ke
hadrat Allah S.W.T. di atas nikmat yang diberikan dan mengingatkan bahawa
dengan berkahwin, terpikullah satu amanah Allah yang besar.
Cara Melaksanakannya:
1. Cara melaksanakan adalah
sama dengan sembahyang sunat 2 rakaat yang lain, dengan niatnya:
Ertinya:
“Sahaja aku sembahyang sesudah nikah 2 raka’at sunat kerana Allah Ta’ala”.
2. Bacaan surah selepas
al-Fatihah:
Rakaat pertama: Surah al-Kaafirun
Rakaat
kedua: Surah al-Ikhlas
3. Lakukan sebagaimana
sembahyang sunat yang lain sebanyak 2 raka’at.