Sembahyang duha
ialah sembahyang yang dilakukan pada waktu duha, yakni pada saat matahari naik
lebih kurang segalah (kira-kira pukul
8.30 pagi) sehinggalah matahari berada tetap di tengah-tengah langit. Waktunya
ialah selepas waktu sembahyang sunat isyraq.
Sembahyang duha termasuk salah satu
sembahyang yang disyariatkan dalam Islam tetapi ia tidak termasuk dalam
golongan sembahyang rawatib yang sering dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.,
sebagaimana seringnya Baginda melakukan sembahyang sunat witir dan sunat fajar,
ia juga tidak termasuk ke dalam sembahyang yang sentiasa dianjurkan Baginda
untuk dikerjakan sebagaimana anjuran terhadap sembahyang tahiyatul masjid.
Oleh itu, sembahyang duha boleh
dilakukan sebagai sembahyang yang kadang-kadang dilakukan oleh Rasulullah
s.a.w. dan kadang-kadang ditinggalkan Baginda.
Sembahyang duha ini boleh dilakukan
sebanyak dua, empat, enam sehingga dua belas rakaat, tiap-tiap dua rakaat satu
salam.
Cara Melaksanakannya
1. Perlaksanaan
sembahyang dhuha ini serupa dengan sembahyang sunat yang lainnya, dengan lafaz
/ niatnya:
Ertinya: ”Sahaja
aku sembahyang sunat dhuha 2 raka’at kerana Allah Ta’ala”.
2. Terdapat
3 pilihan bacaan surah yang boleh dibaca selepas al-Fatihah:
a) Rakaat
pertama: Surah asy-Syams
Rakaat kedua: Surah al-Lail
b) Rakaat
pertama: Surah ad-Dhuha
Rakaat kedua: Surah an-Nasr
c) Rakaat
pertama: Surah Quraisy
d) Rakaat
kedua: Surah al-Ikhlas
3. Selepas
memberi salam, bacalah doa berikut:
Ertinya: “Ya
Allah, sesungguhnya waktu dhuha waktu dhuhaMu, cahayanya cahayaMu, keindahannya
keindahanMu, kekuatannya kekuatanMu. Ya Allah, sekiranya ada rezeki di langit
maka turunkannya, jika ada di bumi maka keluarkannya, jika jauh maka
perdekatkannya, dan jika adanya hamper maka permudahkannya dengan kebenaran
dhuhaMu, cahayaMu, kekuatanMu dan kesucianMu. Berilah kepadaku sebagaimana
Engkau berikan kepada hamba-hambaMu yang soleh. Dan semoga Allah cucuri rahmat
ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad dank e atas keluarga dan para sahabat
baginda sekalian. Segala puji adalah bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam”.
Kelebihan Sembahyang Duha
Banyak kali
riwayat yang menyatakan kelebihan atau keutamaan sembahyang duha ini, antaranya
ialah:
1. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim dan Abu Daud dari Abu Dzar r.a. yang bermaksud:
“Hendaklah setiap kamu bersedekah untuk masing-masing ruas tulang badannya. Maka bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid ialah sedekah menyuruh kebaikan adalah sedekah melarang keburukan adalah sedekah, dan sebagai ganti daripada semuanya itu cukuplah mengerjakan duha sebanyak dua rakaat."
2. Ahmad dan Daud meriwayatkan dari Baridah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Dalam tubuh manusia itu terdapat 360 ruas tulang. Hendaklah dia bersedekah untuk setiap ruas itu. “Para sahabat bertanya: “Siapakah yang mampu melaksanakan itu, ya Rasulullah?” Rasulullah menjawab, ”kotoran yang ada di masjid, lantas ditutupnya dengan tanah, atau menyingkirkan sesuatu gangguan dari tengah jalan itu bererti sedekah. Atau sekiranya sanggup cukupkanlah sembahyang duha dua rakaat.”
3. Hakim dan Tabrani meriwayatkan daripada Nawas bin Sa’man, bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Allah S.W.T. berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan sembahyang sebanyak empat rakaat pada permulaan siang (sembahyang duha), kelak akan Aku cukupkan keperluanmu pada waktu petang.”
4. Ahmad, Tabrani dan Abu Ya'la dari Abdullah bin Umar telah meriwayatkan yang telah meriwayatkan yang bermaksud:
“Rasulullah s.a.w. mengirimkan satu pasukan tentera lalu mereka banyak mendapatkan harta rampasan dan cepat kembali. Maka orang ramai memperkatakan bertapa cepatnya perang itu selesai dan bertapa banyaknya harta rampasan diperolehi dan segera pula kembali. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, mahukah kamu saya tunjukkan sesuatu yang lebih cepat daripada peperangan yang seperti itu, lebih banyak pula harta rampasan bahkan lebih cepat pula kembali daripada itu? Iaitu seseorang yang berwuduk kemudian pergi ke masjid untuk melakukan sembahyang duha. Orang itulah lebih cepat selesai perang, lebih banyak memperolehi harta rampasan dan lebih segera pula kembalinya.”