Sembahyang Sunat Awwabin
Sejurus selepas sembahyang maghrib dan
sebelum sembahyang fardhu isyak, maka disunatkan pula bagi seseorang
mengerjakan sembahyang sunat sebanyak 2 hungga 6 raka’at, setiap 2 raka’at,
satu salam. Sembahyang sunat ini dinamakan sembahyang sunat Awwabin.
Cara Melaksanakannya
1. Berdirilah dengan wudhuk
dan menghadap kiblat dan sembahyang 2 raka’at yang pertama dengan lafaz atau
niatnya:
Ertinya: “Sahaja aku sembahyang sunat awwabin serta
memelihara iman 2 raka’at kerana Allah Ta’ala”.
2. Bacaan surah selepas
al-Fatihah untuk rakaat yang pertama sama iaitu:
a) Surah al-Ikhlas sebanyak 6
kali
b) Kemudian, sambung dengan
bacaan surah al-Falaq sekali
c) Kemudian disambung pula
dengan surah an-Naas sekali
3. Selepas memberi salam,
bacalah doa berikut:
Ertinya: “Ya Allah, luaskanlah jalanku dengan iman,
dan peliharalah keimanan itu atas diriku dalam hidupku, semasa matiku dan
selepas matiku”.
4. Selepas memberi salam
sembahyang 2 raka’at ini, maka kalau mampu teruskan dengan 2 raka’at yang kedua
dengan lafaz dan niatnya:
Ertinya:
“Sahaja aku sembahyang 2 raka’at sunat awwabin kerana Allah Ta’ala”.
5. Bacaan surah selepas
al-Fatihah untuk 2 raka’at yang kedua:
Rakaat pertama: Surah al-Kaafirun
Rakaat
kedua: Surah al-Ikhlas
6. Selepas itu pula, berdiri
lagi untuk mengerjakan 2 raka’at yang ketiga dengan lafaz dan niatnya:
Ertinya:
“Sahaja aku sembahyang 2 raka’at sunat awwabin serta istikharah kerana Allah
Ta’ala”.
7. Ada 2 pilihan untuk bacaan
surah atau ayat selepas al-Fatihah bagi 2 raka’at yang ketiga:
a) Rakaat pertama: Surah
al-Kaafirun
Rakaat kedua: Surah al-Ikhlas
b) Rakaat pertama: Ayat 68-70
surah al-Qasas
Rakaat kedua: Ayat 36-38
surah al-Ahzab
8. Selepas memberi salam,
bacalah doa berikut:
Ertinya:
“Ya Allah, pilihlah untukku sesuatu yang padanya kebaikan dan keelokan pada
urusan agamaku dan duniaku, dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pemurah
lagi Maha Pengasih”.
Kelebihan Sembahyang Sunat
Awwabin
Selain dari dapat menjaga dan
memelihara keteguhan iman, akan terhapus dosa mereka yang mengamalkannya,
sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Sesiapa yang sembahyang selepas
sembahyang maghrib enam rakaat sebelum bercakap-cakap, nescaya diampunkan
baginya segala dosanya selama lima puluh tahun”.